Monday 31 December 2012

AZAM 2012

Ape sebanrnya azam nie ek???.. denga dah macam nama orang je kan,, sebenarnya azam ini adalah satu target atau niat untuk kita mencapai sesuatu.. Selalunya orang akan target ape-ape yang mereka inginkan, dan selalunya azam tu adalah kearah yang lebih baik la, klu kearah keburukan aku x tahu la ade ke tak an orang azam cam tu. Biasanya azam ditanam didalam diri kita apabila masuknya tahun baru, sebenarnya memang perlu azam bagi aku la bg orang lain tak tahu la pulak aku , sebab ape yang aku kata perlu??.. kerana apabila kita menyimpan target untuk mencapai sesuatu kita pastinya akan berusaha untuk menggapainya dalam tempoh yang kita inginkan, so kita perlulah bersungguh-sungguh dengan azam yang kita tanam dalam diri kita tu, jangan la endah x endah je memang x jadi la kalau x berusaha.

Alhamdulillah dimana aku meletakkan 4 azam aku untuk 2012, dan 3 darinya yang tercapai dan satu lagi masih belum tercapai, ape bole buatkan usaha dah usaha dah tapi mungkin belum masa nya lagi. 

AZAM KE-1
Aku adalah untuk mendapat A dalam result final projek Grafik aku, sebab itu lah yang menentukan samada aku tamat pengajian atau aku kena sambung lagi, alhamdulillah akhirnya aku berjaya untuk dapatkan A dalam final projek aku tu dan aku berjaya tamatkan pengajian aku dengan pointer 3.++ ....

AZAM KE-2
Untuk menyelesaikan masalah keluarga yang berlarutan bertahun-tahun lamanya, selagi tak dapat selesai benda ni aku tak akan senang duduk, akhirnya dengan berkat doa dan usaha aku, aku dapat selesaikan masalah nie, dan yang paling aku berpuas hati bila aku sendiri yang menyelesaikan masalah nie.

AZAM KE-3
Azam yang ketiga ni sebenarnya merupakan azam yang berkaitan dengan perasaan aku, dimana aku telah berazam untuk mendapatkan seseorang yang aku telah jatuh hati, dan alhamdulillah aku berjaya dapatkan dia. Insyallah doa-doakan apa yang aku inginkan untuk jadikan die sebagai teman hidup aku akan tercapai, insyallah.( Kisah berkenaan dengan dia ada di post ni : KEHADIRANMU <----Klik disini)

AZAM KE-4
Azam aku yang terakhir adalah untuk menambah lagi satu kenderaan milik aku sendiri iaitu kereta, niat aku nak tambah lagi satu kenderaan tapi yang jadi sebaliknya bila moto pertama kesayangan aku kena curi oleh pencuri pada tanggal 12.07.2012 bersamaan dengan hari khamis. Ape bole buat mungkin sampai kat situ jew jodoh aku dengan moto tu. Ini lah azam yang aku bawak ke 2013 sebab 2012 tak dapat an, aku akan usaha untuk dapatkan pada 2013 insyallah, jika murah rezeki.

Macam mana dengan azam yang korang azam kan tercapai x? jika x tercapai cari dimana kelemahan dan dimana kekurangan yang menyebabkan azam yang diazamkan tidak tercapai, Yang paling penting adalah doa kepada ALLAH S.W.T kerana berkat doa dan diiringi dengan usaha insyalah akan tercapai apa yang kita inginkan. INSYAALLAH.


Friday 28 December 2012

AISKRIM GORENG



Aiskrim goreng.... Nyum.. Nyum...

Baru-baru ni kakak aku keje beli aiskrim jew, yang jadi masalahnya aku la, keja makan jew hehehehek. Lama ke lamaan aku da jadi boring asyik makan macam tu jew, so aku pun terpikir nk buat aiskrim goreng la, jadi kami 3 beradik pun mula la dengan projek aiskrim goreng anak-anak burn hehehehek. Aku mula-mula berat nk buat post nie sebab dah macam pompuan la pulak an, tp ahh!! lantak la blog aku an aku nk buat ape pun lagi pun post nie aku buat untuk insan kesayangan aku yang nk tahu macam mana nak buat aiskrim goreng nie, x susa pun sayang & kawan-kawan.


Bahan-bahan untuk buat aiskrim goreng nih senang jek..

1) Aiskrim, dah kompom-kompom la kan... tak kisah la perisa apa. yang penting aiskrim. jangan beli aiskrim malaysia plak yek apatah lagi connetto. beli yang dalam bekas plastik tu.

2) Roti sandwich, tak kisah la jenama apa yang penting jangan yang dah ekspayet dan jangan yang dah dibuat sandwich yek, ambil yang baru beli tau.

3) Chicken Grill with black pepper sos. mamamia (untuk orang yang bg resepi nih kat korang la, ngidam lama x makan chicken grill nie,,hahahahaha.)


Cara-caranya....

1)Ceduk aiskrim tersebut, kemudian letakkan di atas sekeping roti. Kalo rasa kedekut, letak la sikit jek.. Kalo nak rasa best, letak la lebih sikit an (tapi jangan banyak sangat nanti takut time nk kepit roti tu pecah.)

2)Kemudian kepitkan roti yang telah mengandungi aiskrim tadi dengan sekeping lagi roti. (dah jadi ala-ala sandwich la...)

3) Pastu, dengan menggunakan cawan/gelas/mangkuk atau ape-ape aje yg boleh tekap macam gamba kt sebelah nie,asalkan roti tersebut menjadi bulatan. Pastikan kedua-dua roti tersebut melekat antara satu sama lain supaya masa menggoreng nanti. minyak tak masuk ke dalam aiskrim dan mencairkan aiskrim.

4)Tarik lebihan roti yang ada disekeliling gelas tu dan ingat jangan dibuang pulak lebihan roti tu, bole dibuat puding roti pulak roti tu.

5) Dengan sepantas kilat, bukak peti ais dan masukkan kedalam peti ais. Kalo nak mudah, masukkan roti tersebut ke dalam plastik supaya die tidak berbau ikan yang ada dalam peti ais tu lagi pun senang nak ambil nanti.

6) Biarkan roti anda bersemadi dan rehat-rehat dulu di dalam peti ais anda yang nyaman tu.

7)Kesokan harinya tak kisah la pukol bape korang bangun,mandi dulu tau,buka api dapur panaskan kuali+minyak(pastikan minyak dah betul2 panas mendidih tau)

8)Campakkan dengan sopan roti aiskrim tersebut, sambil balik-balik kan die bila nmpa keperangnan sikit terus angkat. (Jangan biarkan ia mandi terlalu lama di dalam kuali. Nanti aiskrim cair!!)

9)Lepas da siap goreng tu korang tunggu ape lagi,, bukak mulut, pastu makan la aiskrim goreng anda...(tu pun nak bgtau gak ke?? hahahaha)


Begitulah kaedahnya untuk membuat aiskrim goreng... Senang bukan??? Kalo di pasaran, seketul aiskrim goreng nih boleh sampai rm2.00. Jadi nak makan banyak buat la sendiri.

SEKIAN...SELAMAT MENCUBA


CHICKEN GRILL jangan lupa tau,, hehehehek

Thursday 20 December 2012

Hari ni mai semua uji mata dan fikiran, adakah mata anda mempangaruhi pemikiran anda, mari cuba: 
Adakah penglihatan anda mempengaruhi pemikiran anda?

Sememangnya penglihatan kita menpengaruhi pemikiran kita kerana setiap ape yang dilihat oleh mata kita akan dihantar terus ke otak.

Sebenarnya apa yang dilihat oleh penglihatan kita bukan lah semuanya benar, ada sesetengah pandangan yang dilihat oleh mata kita yang menipu diri kita sebenarnya. Sebab itu lah kita sesekali ditegah untuk menilai seseorang hanya dari pandangan luaran nya, perlulah kita mengenali hati budinya untuk kita menilai seseorang itu. Tak kenal maka tak cinta bak kata orang, kenal dulu baru kita tau sama ada orang tu baik atau jahat.
                                  
Macam gambar kt ats nie, semua orang akan baca baik tapi jika kita tengok betul-betul sebenarnya buruk. Seseorang lebih dihormati dan lebih disanjungi jika dalaman nya baik dari luaran. Bia muka x hensem biar rupa tak cantik biar baju tak mahal janji hati ikhlas. Hargai setiap yang hadir dalam diri kita semoga apa yang hadir tidak akan penah pergi dan ia akan sentiasa hadir. Dalam setiap perhubungan atau sesuatu pertalian perlu ada kejujuran dan keiklasan hati, jika tiada sesuatu hubungan itu akan menjadi kenangan. Kadang-kali orang lebih memilih luaran yang dipandang indah dari dalaman, namun itu pilihan masing-masing. Setiap manusia berhak membuat pilihan, cuma kita tidak tahu sama ada pilihan yang dibuat adalah tepat atau pun tidak. Yakin dengan dengan diri sendiri untuk membuat keputusan, jika diri sendir tidak yakin denagan apa yang dibuat jangan malu jangan segan untuk meminta pendapat orang lain. Lain orang lain pula padangan nya dan orang hanya dapat memberi padangan, namun keputusan tepat di tangan kita. MAKE A PERFECT CHOICE.... :)




Monday 17 December 2012

I'M THE BLUES ARMYS


ASSALAMUALAIKUM



Selama ni aku tak pernah nk sokong mana-mana team dari luar negara disebabkan aku ni tak tahu sangat pasal bola-bola luar negara ni, lagipun aku ni kaki bangku tak reti nk main bola, setakat nk sepak-sepak macam sepak orang tu boleh la. Sebenarnya ada kisah macam mana aku boleh aku sokong dan minat dengan team CHELSEA FC ni, alkisah:


My Pren.

Ini dia lah makhluk yang membawa aku untuk berminat dengan team ni dan membuat aku makin minat bola, sesungguhnya aku tak tahu menahu tentang bola sebelum nie, depa ni la yang jadi cikgu dok ngajar aku pasal bola ni. Yang belah kiri tu, yang gaya-gaya macam mr.musle tak jadi tu nama die Firdaus Othman @ Pidot. Yang sorang lagi tu, yang cute-cute ala-ala teddy bear tu nama die Faiz Marzukhi @ Paid @ Eat(makan) hahahhak. Depa ni kira penyokong setia Chelsea la.



Ini lah piala yang pertama dimana tahun pertama aku menyokong chelsea, bertapa puasanya bila rasa bila pasukan yang kita sokong mencipta kemenangan. Pertapa puas dan happynya bila menang, pidot dengan paid siap nangis-nangis lagi. cer tengok.

Sunday 16 December 2012

LELAKI SETIA



Apabila orang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. 
Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai oleh insan yang benar-benar dia cintai. Meskipun air matanya tidak mengalir di hapadan insan tp di dalam hati hanya tuhan yang tahu  bagaimana hati itu menangis. Lelaki biasanya di tafsirkan sebagai insan yang memiliki ego yang tinggi, tetapi kadangkala egonya bisa hilang demi membuktikan bertapa suci,tulus dan setianya cintanya terhadap seseorang


  • Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
  • Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
  • Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
  • Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
  • Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  • Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
  • Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
  • Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  • Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
  • Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  • Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
  • Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
  • Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
  • Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  • Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
  • Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya .
  • Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
  • Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
  • Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, dia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  • Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  • Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  • Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai anda.
  • Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

Thursday 13 December 2012

KEHADIRANMU

I'm Back 

Assalamualaikum.... Dah setahun aq x update blog nie,,,tetiba rasa nk buat pembaharuan kat blog nie. Post2 yang lepas semua da hilang, x pe la bia post2 lepas tu jadi kenangan jew bg aq. Sekarang ni aq rasa kehidupan aq lebih bahagia dari dulu dengan hadir seseorang dalam hidup aq. sebelum nie penah la aq jatuh hati pada perempuan, tp bnyk yg ambil kesempatan dan hanya main2 kn perasaan aq jew,,, aq jew yang menaruh harapan pada diorang tp diorang sikit pun x peduli dengan perasaan aq,,,aq x penah tinggalkan sesiapa pn tp di tinggalkan memang kerap.. Selepas aq putus dgn seseorang yang bernama awin(bukan nama sebenar) aq mmang frust jgk la,,, tp hari makin hari aq fikir balik,,, ape guna aq nk frust dengan orang yang x pernah hargai ape yang aq buat,, so aq pun ambil keputusan untuk lupakan apa yang terjadi dan tumpu pada aq punya final projek grafik .. ada satu hari aq buka facebook aq chating dengan sowang awek nie, awek nie sebenarnya mmber aq time sekolah menengah(sek.men.keb Chepir) dulu,, aq pun x ingat la sape yang tegur sape dlu,, tp sebenarnya aq mmang penah menaruh perasaan pada dia time kami fom-3 dlu,,, tp oleh kerana dia dah ada pak we yg merupakan kwn aq jgk,, aq pun try la ejas kwn dia pulak, tp aq dgn kawan dia tu pn x lama kejap jew da aq kena tinggal  hehek nk wt cm ne an.. balik pada cita pasal chat kt facebook x d,, oleh kerana time tu aq pun x de awek dan time tu dia pun di tinggalkan pak we dia,, tetiba jew perasaan lama pada umo aq 15 tahun berbunga balik, mula2 chating2 kami mkin rapat , pas tu mesej2 & gayut2(kt handfone k,bkn kt pokok), walau pun berhubung dalam fone aje perasaan aq makin hari mkin kuat kt dia. hingga la sampai befday dia yang ke-20 aq janji nk jumpa dan belanja dia mkn sempena befday dia tu, first time aq jumpa dia selepas kami SPM pada 2008,(terbayang2). kami makin rapat dan makin akrab sampailah satu ketika aq ajak dia duduk dekat dgn aq(bukan dengan aq k) kt Sg.Petani,, aq tlg carikan dia keja,,  dia keja dekat kedai komputer tp dalam masa yang sama  aq sambil2 carikan keja yang lebih baik untuk dia,, bole katakan tiap2 minggu kami keluar bedua cari keja,, meratakan kami cari seluruh Sg.Petani kami redah,tp x de peluang untuk dia, sampai lah dia punya bebal nk balik duduk kampung balik,, aq buntu x tau nk buat ape,, aq pun sungut kt ayah aq tanya dia kowt2 kawan2 dia atau dia tau mna2 ada keja kosong,,akhirnya dia dpt la keja sebagai P.A dekat prudential bsn takaful. Aq mmang cukup happy dgn dia sebab dia lah perempuan pertama yang membalas kasih sayang dan menghargai aq,, sesungguhnya memang aq berniat nk sgt2 jadikan dia sebagai isteri aq yang sah suatu hari nnti (tp tunggu dlu la wit x de ag) , lagi pun dia terima aq seadanya katanya, terima kasih syg.