Friday 18 January 2013

MY LOVE

Assalamualaikum....
Hari ni aku nak cerita mengenai seseorang yang aku sayang selepas family aku, dia amat berharga bagi aku sebab aku terlalu sayangkan dia.

10.01.2013
Pada tarikh ni aku dgn die pergi beli cincin couple saja suka-suka nk pakai cincin sama lagi pun cincin aku da hilang time kenduri akad nikah kak aku aritu, da biasa pakai cincin bila tak pakai rasa lain jew, kosong je jari aku. So aku ajak la die beli sekali dengan aku cincin tu. Aku suka tengok bila die pakai barang yang ku bagi, rasa die hargai denga pemberian aku. Cincin yang batu dekat gambar sebelah nie cincin aku bg die masa time befday die yang ke-21. Die selalu pakai cincin ni dan aku memang suke tengok die pakai. 


Dia selalu sokong dan beri semangat dekat aku bila aku nak buat sesuatu, kalau die yang beri semangat kat aku memang aku bersemangat hehehehek...

19.01.2013
So harini aku belikan die bunga rose, sememangnya dah lama aku nak belikan die bunga tu. Aku rasa nak beri die satu penghargaan la sebab die sudi sayangkan aku dan selalu berikan aku semangat dalam ape jua yang aku buat. Rini aku bangun awal mandi dan terus pegi beli bunga dan lepas tu terus ambik die bawak pegi sarapan, time tu la aku bagi die bunga. Tapi aku nak tergelak jugak reaksi die time aku tunjuk bunga mula-mula tu, aku cakap bunga nie aku belikan untuk bagi dekat bos aku, lepas tu die(muaka hairan) tanya aku "nape yang beli bunga dekat bos???".. aku jawab "tak de la ni saya beli bunga untuk sayang la" muka die senyum :) sambil muka terharu -_- . Hairan die asal aku bagi bunga kt die hari nie, sampai die pun tanya "nape bagi bunga nie??" aku jawab "saja nak beli bagi kat sayang". Sebab aku nak cakap yang aku bagi die bunga sebab die hargai aku selama ni aku tak reti nak susun ayat-ayat nie almaklum lah tak reti nak jiwang-jiwang sangat aku nie ,lagi pun aku segan lorh!!!, so lepas die g opis aku mesej je die,,, :) (pemalukan aku??) tapi ape-ape pun thank sayang!!!!!!!.

Aku harap aku dapat jadikan die sabagai permaisuri hidup aku(isteri) satu hari nanti, moga-moga ia akan tercapai amin!!!!!




Wednesday 9 January 2013

ADIL

Assalamualaikum.......

Topik yang nak aku coretkan kat sini hari nie adalah mengenai keadilan, bukan paerti pembangkang keadilan tu tau aku bkn nak cita sal politik k. Bagi aku setiap manusia yang bernyawa dan waras akal pemikiranya pastu ingin kan sesuatu yang ada dalam semua segi aspek kehidupanya, tak kesah la dalam permainan ke, dalam kehidupan ke dalam ape-ape je la, pasti kita inginkan keadilan.

Aku rasa korang pun mesti penah lalui kan peristiwa yang bagi korang tidak adil, sama ada kurang atau lebih. Contah dlm gambaar kt atas tu gambar yang sebelah kiri tu kalau korang tengok betul-betul ada tiga orang yang mempunyai ketinggian yang berbeza, setiap mereka berdiri dia atas satu kotak untuk menonton satu perlawanan besball dari luar pagar. Lelaki yang pertama dapat melihat denga jelas malah berada tinggi, lelaki yang kedua juga dapat lihat dengan jelas namun tidak pada lelaki yang ketiga. Dimana kita dapat lihat dalam situasi ini mereka berlaku adil dengan dengan mengagih setiap orang satu kotak namun begitu pengihan ini juga tidak adil kerana  bagi lelaki yang ketiga kerana beliau memiliki kekurangan.

Gambar sebelah kanan pula menunjukkan lelaki pertama memberi kotaknya untuk lelaki yang ketiga untuk membolehkannya melihat perlawan tersebut. Kini mereka berdiri sama tinggi dan sama-sama dapat pelihat dalam keadan yang sama.

Pengajaran:
1) Adil dari sudut pengagihan tak semestinya adil dalam perikemanusian
    - Jangan lah kita mengambil sesuatu jika kita tidak memerlukan, berikan lah ai kepada orang yang  
      lebih memerlukan.
2) Mengalah tak semestinya kalah
    - Mengalah dalam sesuatu perkara tak semestinya kita kalah dan rugi, selagi ia tidak menjejaskan kita.
3) Kerjasama & bertolak ansur
    - Kerjasama antara satu sama lain merupakan sesuatu yang penting bagi menggerakan satu pasukan
      supaya dapat menjalainkan perhubungan dan hasil yang baik.
4) Orang tengah 
    - Selalunya pergaduhan antara dua orang akan melibatkan orang tengah, jika kita menjadi orang 
      tengah itu, jadi lah orang tengah yang bertangungjawab. Dan jika kita bergaduh cari lah orang 
      tengah yang baik kerana orang tengah bole mangambil kesempatan diantara pergaduhan itu malah
      beliau tidak akan rugi ape-ape malah mungkin dapat keuntungan

Kesimpulannya pilih lah sahabat kita yang baik-baik, berkawan lah dengan semua orang walau pun orang itu jahat. Tak semestinya berkawan dengan orang jahat kita turut jahat, semua itu terletak pada diri kita sendiri untuk menentukan haluan diri kita. Apa yang penting adalah bersikap adil sesama kita agar tiada persenketaan, PEACE NOT WAR.