Ape sebanrnya azam nie ek???.. denga dah macam nama orang je kan,, sebenarnya azam ini adalah satu target atau niat untuk kita mencapai sesuatu.. Selalunya orang akan target ape-ape yang mereka inginkan, dan selalunya azam tu adalah kearah yang lebih baik la, klu kearah keburukan aku x tahu la ade ke tak an orang azam cam tu. Biasanya azam ditanam didalam diri kita apabila masuknya tahun baru, sebenarnya memang perlu azam bagi aku la bg orang lain tak tahu la pulak aku , sebab ape yang aku kata perlu??.. kerana apabila kita menyimpan target untuk mencapai sesuatu kita pastinya akan berusaha untuk menggapainya dalam tempoh yang kita inginkan, so kita perlulah bersungguh-sungguh dengan azam yang kita tanam dalam diri kita tu, jangan la endah x endah je memang x jadi la kalau x berusaha.
Alhamdulillah dimana aku meletakkan 4 azam aku untuk 2012, dan 3 darinya yang tercapai dan satu lagi masih belum tercapai, ape bole buatkan usaha dah usaha dah tapi mungkin belum masa nya lagi.
AZAM KE-1
Aku adalah untuk mendapat A dalam result final projek Grafik aku, sebab itu lah yang menentukan samada aku tamat pengajian atau aku kena sambung lagi, alhamdulillah akhirnya aku berjaya untuk dapatkan A dalam final projek aku tu dan aku berjaya tamatkan pengajian aku dengan pointer 3.++ ....
AZAM KE-2
Untuk menyelesaikan masalah keluarga yang berlarutan bertahun-tahun lamanya, selagi tak dapat selesai benda ni aku tak akan senang duduk, akhirnya dengan berkat doa dan usaha aku, aku dapat selesaikan masalah nie, dan yang paling aku berpuas hati bila aku sendiri yang menyelesaikan masalah nie.
AZAM KE-3
Azam yang ketiga ni sebenarnya merupakan azam yang berkaitan dengan perasaan aku, dimana aku telah berazam untuk mendapatkan seseorang yang aku telah jatuh hati, dan alhamdulillah aku berjaya dapatkan dia. Insyallah doa-doakan apa yang aku inginkan untuk jadikan die sebagai teman hidup aku akan tercapai, insyallah.( Kisah berkenaan dengan dia ada di post ni : KEHADIRANMU <----Klik disini)
Azam aku yang terakhir adalah untuk menambah lagi satu kenderaan milik aku sendiri iaitu kereta, niat aku nak tambah lagi satu kenderaan tapi yang jadi sebaliknya bila moto pertama kesayangan aku kena curi oleh pencuri pada tanggal 12.07.2012 bersamaan dengan hari khamis. Ape bole buat mungkin sampai kat situ jew jodoh aku dengan moto tu. Ini lah azam yang aku bawak ke 2013 sebab 2012 tak dapat an, aku akan usaha untuk dapatkan pada 2013 insyallah, jika murah rezeki.
Macam mana dengan azam yang korang azam kan tercapai x? jika x tercapai cari dimana kelemahan dan dimana kekurangan yang menyebabkan azam yang diazamkan tidak tercapai, Yang paling penting adalah doa kepada ALLAH S.W.T kerana berkat doa dan diiringi dengan usaha insyalah akan tercapai apa yang kita inginkan. INSYAALLAH.