Wednesday, 9 January 2013

ADIL

Assalamualaikum.......

Topik yang nak aku coretkan kat sini hari nie adalah mengenai keadilan, bukan paerti pembangkang keadilan tu tau aku bkn nak cita sal politik k. Bagi aku setiap manusia yang bernyawa dan waras akal pemikiranya pastu ingin kan sesuatu yang ada dalam semua segi aspek kehidupanya, tak kesah la dalam permainan ke, dalam kehidupan ke dalam ape-ape je la, pasti kita inginkan keadilan.

Aku rasa korang pun mesti penah lalui kan peristiwa yang bagi korang tidak adil, sama ada kurang atau lebih. Contah dlm gambaar kt atas tu gambar yang sebelah kiri tu kalau korang tengok betul-betul ada tiga orang yang mempunyai ketinggian yang berbeza, setiap mereka berdiri dia atas satu kotak untuk menonton satu perlawanan besball dari luar pagar. Lelaki yang pertama dapat melihat denga jelas malah berada tinggi, lelaki yang kedua juga dapat lihat dengan jelas namun tidak pada lelaki yang ketiga. Dimana kita dapat lihat dalam situasi ini mereka berlaku adil dengan dengan mengagih setiap orang satu kotak namun begitu pengihan ini juga tidak adil kerana  bagi lelaki yang ketiga kerana beliau memiliki kekurangan.

Gambar sebelah kanan pula menunjukkan lelaki pertama memberi kotaknya untuk lelaki yang ketiga untuk membolehkannya melihat perlawan tersebut. Kini mereka berdiri sama tinggi dan sama-sama dapat pelihat dalam keadan yang sama.

Pengajaran:
1) Adil dari sudut pengagihan tak semestinya adil dalam perikemanusian
    - Jangan lah kita mengambil sesuatu jika kita tidak memerlukan, berikan lah ai kepada orang yang  
      lebih memerlukan.
2) Mengalah tak semestinya kalah
    - Mengalah dalam sesuatu perkara tak semestinya kita kalah dan rugi, selagi ia tidak menjejaskan kita.
3) Kerjasama & bertolak ansur
    - Kerjasama antara satu sama lain merupakan sesuatu yang penting bagi menggerakan satu pasukan
      supaya dapat menjalainkan perhubungan dan hasil yang baik.
4) Orang tengah 
    - Selalunya pergaduhan antara dua orang akan melibatkan orang tengah, jika kita menjadi orang 
      tengah itu, jadi lah orang tengah yang bertangungjawab. Dan jika kita bergaduh cari lah orang 
      tengah yang baik kerana orang tengah bole mangambil kesempatan diantara pergaduhan itu malah
      beliau tidak akan rugi ape-ape malah mungkin dapat keuntungan

Kesimpulannya pilih lah sahabat kita yang baik-baik, berkawan lah dengan semua orang walau pun orang itu jahat. Tak semestinya berkawan dengan orang jahat kita turut jahat, semua itu terletak pada diri kita sendiri untuk menentukan haluan diri kita. Apa yang penting adalah bersikap adil sesama kita agar tiada persenketaan, PEACE NOT WAR.

No comments:

Post a Comment